Monday, September 13, 2010 Perkasakah Umno / Melayu Tanpa PERKASA ? ARTIKEL 1 : PERKASA tetap perkasa… Oleh: ROSLI ISMAIL Siapa yang dapat control Datuk Ibrahim Ali.Beliau memang sudah dikenali sebagailoose cannon sejak masih dalam UMNO lagi. Cuma suaranya kebelakangan ini lebih bergerar dan menjadi perhatian ramai dengan adanya Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia atau ringkasnya PERKASA. Mereka yang tahu latar belakang Ahli Parlimen Bebas Pasir Mas dan stailnya pasti tidak hairan dengan apa saja karenahnya kerana beliau memang begitulah orangnya dulu,kini dan selamanya sekalipun tanpa PERKASA. Beberapa hari kebelakangan ini isu PERKASA menjadi semakin riuh bila Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor kata bahawa parti itu tidak akan menyokong pertubuhan berkenaan maupun Ibrahim pada pilihan raya umum akan datang kerana tindakan itu berpotensi menghakis sokongan pengundi bukan Melayu terhadap BN. Hakikatnya memang tidak ada peliknya Tengku Adnan membuat kenyataan seumpama itu kerana memang UMNO tidak mempunyai apa-apa ikatan rasmi dengan PERKASA. Sebagai Setiausaha Agung UMNO dan juga BN itu adalah satu kenyataan rasmi yang perlu beliau buat supaya segalanya jelas. Datuk Seri Najib Tun Razak selaku Presiden UMNO dan begitu juga Ibrahim sendiri tidak pernah istihar UMNO dan PERKASA mempunyai apa-apa hubungan rasmi ataupun pernah memeteri apa-apa perjanjian. Cuma siapapun tidak dapat nafikan ada dikalangan ahli PERKASA terdiri dari orang UMNO. Atas sebab itu Ibrahim tidak peduli langsung pelbagai andaian dibuat dari kenyataan Tengku Adnan yang cuba digambarkan seolah-olah UMNO telah putuskan hubungan rasmi dengan PERKASA. Soalnya hubungan apa? Ia tidak lebih dari hubungan persepsi. Dalam senario politik semasa adalah tidak menghairankan tindak tanduk PERKASA yang dilihat sebagai pertubuhan ekstremis Melayu hendak digambarkan sebagai suara UMNO. Usaha untuk menghakis keyakinan orang bukan Melayu terhadap Barisan Nasional menjelang pilihanraya umum ke 13 nanti kini datang dalam berbagai bentuk. PERKASA kini menjadi kambing hitam paling cantik untuk mereka sembelih digunakan bagi mencetuskan ketakutan orang-orang bukan Melayu kerana jerit pekiknya keatas pelbagai isu orang Melayu. Puak-puak ini macam tidak nampak pertubuhan-pertubuhan Cina seperti Gabungan Persatuan-persatuan Cina ,Siqiu yang pernah membuat macam-macam tuntutan menjelang pilihanraya umum 1999 dulu. Begitu juga Persatuan Gabungan Guru Sekolah China (Jiao Zong) dan Persatuan Gabungan Jawatankuasa Sekolah China (Dong Zong) dan sebagainya yang tidak kurang lantang menyuarakan tuntutan melibatkan kaum mereka. Kenapa suara pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan ini tidak disatukan dengan MCA,Gerakan atau lebih-lebih lagi DAP yang semua orang tahu sikapnya. Apa yang nak hairan kalau bos pakatan rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim menuntut UMNO memperjelaskan hubungannya dengan PERKASA. Itu sudah menjadi modal politiknya untuk ' mandikan ' UMNO. Anwar tidak melihat sendiri bagaimana Ibrahim selamba menyuarakan pendirian dan pandangan kritikal PERKASA mengenai beberapa isu di depan Perdana Menteri sendiri dalam satu majlis anjuran PERKASA baru-baru ini. Lojiknya itu bukan caranya kalau UMNO dan PERKASA ada hubungan rasmi. Itu suara sebuah NGO yang merasa ia juga ada hak menuntut apa dirasanya perlu dituntut macam juga Siqiu ataupun Jiao Zong dan Dong Zong bagi orang Cina. Dalam SMSnya kepada media sehari selepas Tengku Adnan membuat kenyataan, Ibrahim antara lain menegaskan pertubuhan itu tidak memerlukan sokongan UMNO atau mana-mana parti politik. Katanya PERKASA juga tidak pernah mengikat pandangan politik ahlinya siapa mereka nak undi masa pilihanraya umum ke 13 nanti. Pokoknya jangan risau…UMNO tetap UMNO sebagai sebuah parti politik...PERKASA tetap sebagai NGO…dan Ibrahim Ali tetap dengan jerit pekiknya. Tiada siapa yang mampu mengubah Ibrahim Ali yang naluri semulajadinya nak perkasakan orang Melayu melalui caranya yang tersendiri.- 11/9/2010 SUMBER ARTIKEL 2 : AMARAN KERAS AWANG SELAMAT @ UTUSAN MALAYSIA Apakah wajar kesemua parti komponen termasuk UMNO mengambil pendirian menolak Perkasa? Awang lontarkan persoalan ini kerana ia sudah menjadi bahan bualan terutama di kalangan orang Melayu. Mesyuarat BN yang dipengerusikan oleh Setiausaha Agung, Tengku Adnan Tengku Mansor baru-baru ini mencapai persetujuan untuk menjauhi Perkasa. Alasannya kerana ia dikhuatiri boleh menjejaskan keupayaan BN meraih sokongan pengundi pelbagai kaum selain menjejaskan konsep 1Malaysia. Pada Awang, Perkasa hanyalah NGO biasa sebagaimana NGO bukan Melayu lain, yang sekadar membela kepentingan kaum masing-masing. Persekitaran politik yang dilihat tidak menentu dan berbahaya kepada kepentingan Melayu menyebabkan ramai menyokong Perkasa. Suka atau tidak, Perkasa menjadi sandaran baru kepada orang Melayu dan umat Islam. Dalam banyak isu melibatkan kepentingan bangsa dan agama, Perkasa lebih diyakini berbanding parti politik. Maka langkah menolak bulat-bulat Perkasa dalam membela kepentingan Melayu akan membawa UMNO ke ambang risiko besar. Hari ini, UMNO dapat bertahan di sebalik gelombang asakan selepas Pilihan Raya Umum Ke-12, juga adalah antara lain disebabkan peranan NGO seperti Perkasa. Janganlah melihat Perkasa sebagai hantu jembalang – sebagaimana persepsi banyak parti bukan Melayu. Pada Awang, Perkasa bukanlah ultra rasis berbanding banyak NGO yang bertaut rapat dengan parti-parti Cina seperti DAP, MCA dan Gerakan. Ketika parti-parti Cina saling lengkap melengkapi dengan NGO mereka, ada pemimpin UMNO yang mahu menolak Perkasa tanpa melihat daripada perspektif lebih besar. Awang tidak setuju sama sekali dengan pandangan bahawa Perkasa akan menggugat BN kerana dituduh rasis. Lakukanlah kajian menyeluruh. Hampir kesemua isu yang disuarakan oleh Perkasa adalah sebagai menyanggah tuntutan keterlaluan oleh pelbagai pihak tanpa menjaga sensitiviti orang Melayu dan prinsip dalam perlembagaan negara. Perkasa tidak pernah meminta lebih untuk orang Melayu walaupun ekonomi negara dikuasai oleh kaum Cina. NGO itu hanya mahu mempertahankan apa yang ada pada Melayu pada waktu ini kerana Melayu masih jauh ketinggalan. Apakah komitmen Perkasa menjunjung perlembagaan juga bercanggah dengan konsep 1Malaysia? Awang agak aneh mengapa mesyuarat BN itu tidak mengambil pendirian yang sama terhadap NGO bukan Melayu lain. Semalam, Presiden Gerakan, Tan Sri Koh Tsu Koon menyatakan rasa gembira dengan jaminan bahawa UMNO juga tidak akan menyokong Perkasa. Awang ingin bertanya apakah tanpa Perkasa, Gerakan boleh memberi jaminan bahawa majoriti bukan Melayu akan menyokong BN? Pendirian masyarakat Cina menolak BN pada pilihan raya umum lalu masih belum berubah. Gerakan sendiri sampai hari ini hampir lumpuh dan parti itu tidak bekerja keras memulihkan sokongan bukan Melayu, sebaliknya asyik mencari alasan lapuk. Pada Awang, pendirian UMNO untuk turut sama menjauhi Perkasa tidak akan membantu parti itu. Persoalannya, apa pilihan UMNO yang terpaksa menjaga sensitiviti parti komponen lain? Atas kertas UMNO boleh menolak Perkasa tetapi risikonya ke mana sokongan NGO itu selepas ini? BN sendiri akan terjejas jika ramai pengundi UMNO pula menjauhi parti itu kerana mengikut haluan Perkasa. Jika itu berlaku, yang lebih rugi adalah UMNO. Dalam kita ghairah mahu mendapat sokongan bukan Melayu, janganlah mudah terjebak dengan percaturan yang silap. Awang khuatir, yang dikejar tidak dapat, yang dikendong keciciran. Sokongan bukan Melayu adalah penting kepada BN namun pasak yang perlu dijaga adalah Melayu. Itu juga adalah asas kenegaraan yang bermula dengan kemurahan hati dan pengorbanan Melayu kepada kaum lain sejak sebelum merdeka lagi. Jika Perkasa dimusuhi, NGO itu dan Ibrahim tidak akan rugi apa-apa. Yang rugi adalah kuasa politik Melayu. Awang melihat pilihan lain yang ada pada BN ialah semua parti komponen mesti komited mempertahankan perlembagaan dan akur kepada kontrak sosial. Jika itu boleh dipersetujui, Awang percaya Perkasa dengan sendirinya akan terpinggir daripada perhatian orang Melayu. UMNO juga perlu lebih kelihatan membawa agenda Melayu sebagaimana yang terus dijuarai oleh DAP, MCA, Gerakan dan MIC untuk melonjakkan kaum masing-masing. Dalam UMNO perlu memikul cabaran mengetuai keluarga besar BN yang bererti mengurus kehendak pelbagai komponen, hakikatnya parti itu selama ini kuat adalah kerana agenda Melayu. Persoalannya lagi apakah parti komponen BN yang lain akan akur. Inilah cabaran besar UMNO. Yang pasti, orang Melayu kini memerhatikan tindak-tanduk UMNO dan akan membuat penentuan apabila tiba masanya. Mungkin pada waktu itu nanti, segala-galanya sudah terlewat bagi UMNO untuk mendengar suara kaumnya sendiri. Sangat terlewat. SUMBER ARTIKEL 3 : PERKASA TIDAK PERLUKAN MANA-MANA PIHAK Perkasa tidak perlukan mana-mana pihak KUALA LUMPUR 9 Sept. – Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) tidak memerlukan sokongan mana-mana parti politik untuk membolehkannya berjuang terutama bagi mempertahankan hak Islam dan Melayu seperti mana termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan. Sebaliknya, Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali berkata, Perkasa amat memerlukan sokongan rakyat negara ini khususnya mereka yang bersetuju dengan agenda perjuangan pertubuhan itu. ‘‘Sejak Perkasa ditubuhkan kami telah menetapkan beberapa agenda perjuangan dan paling utama adalah mempertahankan Perlembagaan daripada dicabul oleh mana-mana pihak yang tidak bertanggungjawab. ‘‘Selain itu, Perkasa turut memperjuangkan kewujudan kerajaan yang amanah, adil, saksama, tidak rasuah, tidak menyalahgunakan kuasa, mempunyai sistem penyampaian yang cekap serta mesra rakyat,’’ katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini. Beliau mengulas laporan media hari ini bahawa Barisan Nasional (BN) dengan sokongan sebulat suara 13 parti komponennya terutama UMNO membuat keputusan untuk menjauhi Perkasa kerana dikhuatiri ia boleh menjejaskan kewibawaan dan keupayaan BN meraih sokongan pengundi pelbagai kaum. Dalam keputusan pada mesyuarat bulanan BN bagi memperkukuhkan gagasan itu yang pertama kali diadakan di Putrajaya semalam, semua parti komponen turut mengalu-alukan tindakan UMNO apabila mengambil langkah pertama menyatakan pendirian mahu menjauhkan diri daripada Perkasa. Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang mempengerusikan mesyuarat itu berkata, UMNO tidak akan menyokong Perkasa atau Presidennya pada pilihan raya umum akan datang kerana tindakan itu berpotensi menghakis sokongan pengundi bukan Melayu terhadap BN. Ibrahim berkata, dalam agenda perjuangan Perkasa, pertubuhan itu juga mahukan pemimpin atau wakil rakyat yang beriman, bertaqwa, menjaga solat, celik al-Quran, berakhlak mulia, amanah, mesra rakyat dan tidak sombong. ‘‘Pemimpin atau wakil rakyat juga tidak boleh sama sekali melakukan maksiat, mempunyai sifat tamak haloba dan melakukan perkara-perkara tidak bermoral,’’ katanya. Mengenai pendirian 13 ahli komponen BN tersebut, Ibrahim berkata, beliau percaya jika Perkasa tidak wujud sekali pun sokongan bukan Melayu kepada BN tetap sama selepas Pilihan Raya Umum Ke-13. ‘‘Ia kerana komponen BN terutama pemimpinnya mempunyai bermacam-macam rekod yang boleh menyebabkan rakyat menolak parti itu dan janji Parti Keadilan Rakyat (PKR) kepada mereka,’’ katanya. Beliau berkata, Perkasa memberi kebebasan penuh kepada mana-mana ahli-ahlinya untuk membuat penentuan pada Pilihan Raya Umum Ke-13. SUMBER ULASAN PANGLIMA : 1. JIKA PERKASA 'HANCUR' MAKA AGAMA ISLAM DAN BANGSA MELAYU YANG DIBELA JUGA AKAN HANCUR 2. UMNO TIDAK DAPAT HIDUP SENDIRIAN TANPA 'PERKASA' MEMBANTU DARI BELAKANG. JIKA UMNO MENGANGGAP PERKASA SEBAGAI SAINGAN BUKAN SEBAGAI KAWAN MAKA UMNO SILAP BESAR DALAM MEMBUAT KEPUTUSAN ! 3. UNDI MELAYU AKAN LARI DARI UMNO JIKA TIADA KENYATAAN SEGERA DARI PRESIDEN UMNO DIBUAT. TINDAKAN MENCUBA 'TEST MARKET' SANGAT TIDAK WAJAR DALAM HAL INI. PENDIRIAN TEGAS YAB PERDANA MENTERI SELAKU PRESIDEN UMNO WAJAR DIBUAT DENGAN KADAR SEGERA. 4. PERKARA YANG PALING DITAKUTI BUKAN ISLAM IALAH PERPADUAN ISLAM. DALAM HAL INI PERKASA TELAH MELULUSKAN USUL AGAR UMNO DAN PAS BERSATU DEMI UNTUK ISLAM DAN JUGA KETUANAN BANGSA MELAYU SEBAGAI TUAN ASAL TANAH MALAYSIA INI. 5. AGENDA MENJAUHKAN UMNO DARI PERKASA WAJAR DITENTANG SEMUA PIHAK DAN MEREKA YANG MEMBUAT KENYATAAN MENGKRITIK PERKASA WAJAR MENARIK KENYATAAN TERSEBUT SEBELUM MENJADI MANGSA KEMARAHAN UMAT MELAYU. 6. USAHA BERTERUSAN MENYERANG PERKASA MEMBUKTIKAN PERANANNYA MEMBELA ALIF BA TA (AGAMA BANGSA DAN TANAH AIR) TELAH BERJAYA MESKIPUN PERJALANNNYA MASIH JAUH DAN BERLIKU. 7. MEMPERKASAKAN PERKASA TIDAK AKAN MEMBAHAYAKAN UMNO/BN TETAPI AKAN MEMBAHAYAKAN PKR DAP DAN PAS YANG JELAS TERGANGGU PERJALANAN MEREKA KE PUTRAJAYA DENGAN ADANYA PERKASA YANG TETAP SETIA MEMBELA MARUAH AGAMA BANGSA DAN NEGARA !!! Anda mungkin juga meminati: * Perkasa Umno atau Umno hilang Perkasa ? * Edisi Tertunda : Kenyataan Rasmi PERKASA ! * Edisi Ahad: Kisah TPM di Angkasa dan Tun M di Perkasa |
Monday, September 13, 2010
Perkasakah Umno / Melayu Tanpa PERKASA ?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
KIRIM PESANAN ANDA
No comments:
Post a Comment