Wednesday, September 29, 2010

SATU UNTUK KAU, DUA UNTUK AKU....

Wednesday, September 29

Berebut harta punca cabang Pkr bergaduh

Apabila pkr ditubuhkan pada tahun 1999, sukar nak dapat calon ketua bahagian. Kesukaran cari calon ketua bahagian itu berterusan hingga tahun 2008. Masing-masing takut nak jadi ketua bahagian kerana kuasa, emas tidak ada di depan mata.

Waktu itu nama nya masih bahagian dan cawangan lagi. Hanya pada tahun 2004 bahagian ditukar ke cabang dan cawangan ditukar ke ranting, perhimpunan agung ditukar ke kongres. Ini berlaku untuk mengambil semangat sosialis apabila PKN yang bergabung dengan PRM. Sejak dari itu semangat sosialis kuat dalam Pkr. Sosialis adalah adik kepada komunis.

Bila Pkr menang banyak kerusi dalam pru 13, maka kuasa dapat dan harta depan mata pun berebut. Mereka berebut nak jadi MB. Ingat tak bagaimana Azmin yang sepatutnya jadi MB tapi di kalis oleh Khalid ? Polemik itu berterusan hingga kini.

Mereka juga berebut nak jadi ahli majlis PBT. Pulau memulau berlaku. Ada penyamun tarbus yang dilantik jadi ahli majlis, semata-mata sebab dia rapat dengan Khalid.

Dua tahun memerintah, macam-macam ada. Di Selangor semua boleh jadi duit. Meniaga babi boleh jadi duit, ingat kisah projek ladang babi moden? Meniaga rumah urut boleh jadi duit, diselangor sekarang ada 5911 lesen pusat hiburan. Meniaga pasir pun boleh jadi duit, pergi ke Dengkil dan wet land, tengok selangor berlubang.

Ramai orang kenal YB-YB Pkr ni, dulu naik saga buruk, sekarang sudah pakai Alphard, dulu duduk rumah murah sekarang duduk rumah bungalow, semuanya berlaku dalam tempoh 2 tahun.

Bila ada pemilihan parti, YB-YB yang tak sedar diri inilah yang menjadi target ahli. Maka pelbagai kem wujud. Di banyak cabang, pertandingan ketua adalah empat atau lima penjuru. Masing-masing mahu berebut harta rampasan perang.

Resam penyamun hanya bersatu ketika mereka hendak menyamun, tetapi bila samunan telah berjaya maka mereka akan berebut, berkelahi dan bergaduh malah baling kerusi untuk dapatkan harta samunan.

Penyamun tetap penyamun.

No comments:

KIRIM PESANAN ANDA



Nama
Alamat Email
Perkara
Mesej
Image Verification
Please enter the text from the image
[ Refresh Image ] [ What's This? ]