Monday, May 9, 2011

Jangan fikir tarikh PRU-13

Jangan fikir tarikh PRU-13

KUALA LUMPUR 8 Mei – Ahli Pergerakan Pemuda UMNO diminta tidak terlalu memikirkan tentang tarikh Pilihan Raya Umum Ke-13, sebaliknya menumpukan usaha untuk meningkatkan persediaan bagi menghadapinya.

Naib ketuanya, Datuk Razali Ibrahim berkata, tumpuan perlu diberikan terhadap aspek permainan politik dan taktik pembangkang.

Beliau memberi contoh ketika Pilihan Raya Negeri Sarawak bulan lepas, pembangkang mula menyerang sewaktu berkempen dan jentera Barisan Nasional (BN) tidak berada dalam keadaan bersedia untuk menangkisnya.

“Ini bermakna kita bukan sahaja perlu mendekati pengundi tetapi berhadapan dengan taktik tidak bertanggungjawab pembangkang yang boleh mempengaruhi pengundi,” katanya semasa berucap merasmikan Mesyuarat Pemuda UMNO Bahagian Selayang, di sini hari ini.

Razali yang juga Timbalan Menteri Belia dan Sukan berkata, Pemuda UMNO juga perlu mengikis sikap suka menyalahkan orang lain kerana ia merupakan tabiat orang yang lemah dan gagal.

Kata beliau, sikap suka menyalahkan orang lain hanya akan menyukarkan UMNO untuk bangkit dan melaksanakan agenda pembangunan yang dirancang kerajaan.

Menurutnya, tanggapan bahawa kekalahan BN terutama di kawasan bandar adalah disebabkan pengundi Cina perlu dihentikan, sebaliknya usaha menarik balik sokongan masyarakat itu perlu dipertingkatkan.

“Apa yang penting bagi jentera kita bukan sahaja berkempen di kawasan BN, sebaliknya meningkatkan usaha bagi menarik sokongan di kawasan yang kita kalah pada pilihan raya lepas,” katanya.

No comments:

KIRIM PESANAN ANDA



Nama
Alamat Email
Perkara
Mesej
Image Verification
Please enter the text from the image
[ Refresh Image ] [ What's This? ]