Sunday, May 8, 2011

PERPADUAN PAS - UMNO : LIHAT PERSAMAAN BUKAN PERBEDAAN.

DALAM reaksi segera kepada permintaan Datuk Seri Najib Razak supaya PAS menarik diri daripada pakatan pembangkang, terutama DAP, hampir semua pemimpin parti berlambangkan bulan itu bulat-bulat menolaknya. Hujah Perdana Menteri bahawa PAS hanya dipergunakan, dibalas pemimpin parti itu atas alasan `tahalul siyasi’ atau kerjasama politik dibenarkan Islam. Mengapa begitu sukar PAS bekerjasama dengan parti yang sama bangsa dan agama?

Jadi, apa sebenarnya halangan terbesar penggabungan UMNO dan PAS ?


Dr Noor Sulastry Yurni Ahmad
Pensyarah Kanan Sosiologi Politik Universiti Malaya (UM)

Ideologi perjuangan, kepemimpinan dan struktur dalam parti adalah halangannya. UMNO bergabung dengan parti lain dalam BN, jadi tidak boleh menidakkan pandangan parti lain jika mahu bergabung dengan PAS. UMNO bukan hanya perlu beritahu kepada parti komponen, mereka juga perlu beri penjelasan mengenai penggabungan itu.

Untuk PAS, parti itu tidak perlu berbincang dengan DAP atau PKR kerana mereka berdiri atas kaki sendiri atau individualistik. UMNO perlu ambil kira pendapat komponen supaya tidak dilihat sebagai parti pentingkan diri.

Apabila UMNO dan PAS bergabung, hubungan dengan komponen perlu diambil kira.
Persoalannya adakah komponen BN sedia bekerjasama dengan PAS. Ini semua perlu dikupas kerana UMNO adalah ‘treler panjang’ yang bersamanya MCA, MIC, GERAKAN dan sebagainya. Satu lagi halangan adalah pantang larang atau cakap-cakap pihak luar seperti pendapat pihak lain, lebih-lebih lagi jika reaksinya negatif.




Jadi, apakah halangan untuk UMNO dan PAS bekerjasama ?.

Setiausaha Agung Majlis Perundingan Melayu (MPM), Dr Hasan Mad

Halangan paling besar adalah budaya politik kedua-dua parti sudah jauh berbeza. UMNO dan PAS mengamalkan budaya politik maki hamun, benci membenci, marah, dendam dan memecahbelahkan orang Melayu... itu ditegah Islam. Kedua-duanya kata mereka parti Melayu Islam, tetapi amalkan sikap dilarang Islam. Jika dapat membuang sikap itu, perpaduan Melayu pasti berjaya. Kepemimpinan kedua-dua parti juga perlu ikhlas dan jujur seperti Hamas dan Fatah di Palestin yang sanggup berdamai selepas bermusuhan sekian lama demi perpaduan dan kemajuan bangsa Palestin. Demi perpaduan dan kemajuan orang Melayu, sudah tiba masa UMNO dan PAS berubah dan buang budaya politik membenci.

No comments:

KIRIM PESANAN ANDA



Nama
Alamat Email
Perkara
Mesej
Image Verification
Please enter the text from the image
[ Refresh Image ] [ What's This? ]