Wednesday, June 27, 2012

AGENDA TERSEMBUNYI DAP.



DAP SUDAH TERDESAK

LANGKAH Setiausaha Agung DAP, Lim Kit Siang melancarkan gagasan Malaysian Malaysia Kedua sempena ulang tahun perkhidmatannya selama 30 tahun sebagai Ahli Parlimen, mengundang persoalan besar terhadap percaturan baru parti itu.

Dengan menjana semula gagasan itu, Kit Siang yakin bahawa DAP yang akan bekerjasama erat dengan parti pembangkang lain, mampu menumbangkan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum nanti.

Gagasan Malaysian Malaysia telah diperjuangkan oleh DAP sejak tahun 1969, bagaimanapun pegangan itu disepikan apabila Kit Siang memulakan siri projek Tanjungnya dengan harapan untuk merampas Pulau Pinang dari BN.

Apa yang umum ketahui Malaysian Malaysia antara lain menegaskan bahawa Malaysia sebagai sebuah negara yang tidak mengamal dasar supremacy, kebajikan dan kepentingan oleh sesuatu kaum atau etnik.

Dengan kata lain, gagasan itu yang diwarisi daripada pemimpin parti PAP Singapura, Lee Kuan Yew bermatlamat menghapuskan sebarang keistimewaan kepada bangsa Melayu terutama dalam kedaulatan kuasa.

Malaysian Malaysia diakui sedikit sebanyak menjadi ramuan terbaik memenangi hati masyarakat Cina khususnya dalam memastikan kelangsungan DAP walaupun parti itu masih gagal membentuk kerajaan.

Kepada para pemerhati politik pula, Malaysian Malaysia Kedua mempunyai muslihat dan strategi tersendiri yang terpaksa dilakukan ketika kedudukan DAP semakin goyah dengan kian ramai ahli meninggalkan parti itu.

Belum pernah berlaku dalam sejarah politik tanah air, DAP menghadapi ujian sebegini genting dan getir yang turut mencetuskan aliran baru sokongan kepada komponen parti memerintah yang lebih sederhana iaitu MCA dan Gerakan.
Senario politik masa kini, kesungguhan untuk membantu mencorakkan kestabilan serta pemulihan ekonomi, nampaknya tidak merangsang minat masyarakat Cina untuk menyekutukan diri dengan DAP.

Lebih-lebih lagi DAP kini dikritik oleh sebahagian masyarakat Cina termasuk ahli-ahlinya yang bimbang terhadap ikatan kerjasama dengan Pas, yang bercita-cita kuat untuk mewujudkan pemerintahan Islam.

Di kalangan pemimpin DAP, pilihan raya umum lalu sudah cukup memberi pengajaran betapa ketika parti itu dilihat kuat dan bersatu padu sekalipun, ia masih gagal mencapai kejayaan apatah lagi nasibnya pada pilihan raya kali ini.

Atas kebimbangan itu maka DAP tidak punya pilihan melainkan kembali kepada landasan asal perjuangan, yang tanpa Malaysian Malaysia dilihat ibarat kapal tanpa kompas.

Bagaimanapun, percaturan terbaru DAP ini boleh membawa padah politik lebih buruk walaupun Kit Siang mendakwa sekarang adalah masa yang sesuai untuk memperjuangkan gagasan Malaysian Malaysia.

Gagasan itu secara realitinya masih menggerunkan orang Melayu yang kini menikmati keistimewaan tertentu setelah ketinggalan jauh di belakang kaum lain akibat dasar pecah perintah oleh penjajah hampir 400 tahun lamanya.

Walaupun kerajaan berhasrat untuk mewujudkan gagasan persamaan hak pada suatu masa nanti, tetapi ia masih belum dapat dilaksanakan sekarang memandangkan orang Melayu belum mampu bersaing terutama dengan kaum Cina yang menguasai ekonomi negara.

Bukan itu sahaja, malah masyarakat bukan Melayu sendiri sekarang, semakin menerima hakikat bahawa dasar multietnik menjadi kerangka politik baru yang lebih baik dan harmonis - alternatif kepada Malaysian Malaysia.
Kepada Kit Siang, selamat bereksperimen lagi.

No comments:

KIRIM PESANAN ANDA



Nama
Alamat Email
Perkara
Mesej
Image Verification
Please enter the text from the image
[ Refresh Image ] [ What's This? ]