Sunday, September 19, 2010

Bilik Perang' Pemuda Umno hanya tinggal kenangan atau realiti.

>> Pemuda

'Bilik Perang' Pemuda Umno atur strategi menangi hati rakyat

KUALA LUMPUR: Pemuda Umno akan menubuhkan 'bilik perang' bagi menyusun dan mengatur strategi memenangi hati rakyat terutama pengundi golongan muda untuk menyokong Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum serta pilihan raya kecil.

Ketuanya, Khairy Jamaluddin Abu Bakar, berkata dianggarkan lebih tujuh juta pengundi muda layak mengundi pada pilihan raya umum ke-13 nanti dan mereka akan mempengaruhi jatuh dan bangunnya Umno dan Barisan Nasional (BN) di persada politik tanah air.

"Bagi memastikan BN dan Umno terus relevan kepada golongan muda, Pemuda Umno perlu membuktikan kepada golongan muda bahawa Umno benar-benar mendampingi, memahami serta bekerja untuk memenuhi tuntutan keperluan dan masa depan mereka," katanya dalam ucapan penggulungannya pada hari terakhir Perhimpunan Agung Umno 2009 di sini hari ini.

Khairy berkata dalam hal ini, terdapat persekitaran semasa yang lebih bebas, terbuka, muda, terdidik dan kosmopolitan yang menjadikan generasi muda sekarang lebih kritis dan memilih dalam membuat keputusan politik mereka.

"Oleh itu, amat penting bagi kita semua untuk peka dan berusaha keras mendampingi golongan muda secara berfokus, giat dan terancang," katanya.

Dalam usaha mencapai satu penunjuk prestasi utama yang ditetapkan oleh Timbalan Presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin, beliau berkata pendekatan Pemuda tidak seharusnya hanya tertumpu kepada penyelesaian masalah dan bantuan kebajikan berdasarkan sumber fiskal negara semata-mata.

"Kita juga harus mendampingi mereka dengan wadah media yang kontemporari dengan golongan muda. Suka atau tidak, sedar atau tidak, kebanyakan orang muda mendapat sumber maklumat dan buah fikiran daripada saluran-saluran media baru, terutamanya internet.

"Sehubungan itu, parti kita harus segenerasi dan mempunyai menu dan selera yang sama dengan mereka. Dalam hal ini, suka saya merujuk kepada pendekatan yang proaktif lagi inovatif oleh Presiden kita yang bukan sahaja mempunyai mempunyai laman webnya sendiri malah, akaun twitter, facebook, YouTube serta flickr. Inilah satu contoh yang terbaik buat kita ahli parti semua," katanya.

Menyentuh usaha Pemuda untuk meningkatkan semangat dan kesedaran berpasukan dalam kalangan pimpinan pergerakan itu, Khairy berkata beliau bercadang untuk menganjurkan beberapa kursus latihan akhir tahun ini untuk Ketua Pemuda dan Naib Ketua Pemuda di peringkat bahagian.

"Kursus itu akan kita usahakan berteraskan empat rukun kesatuan yang disebut oleh Timbalan Presiden tempoh hari, iaitu kesatuan minda, hati, amal dan matlamat.

Dengan bimbingan (Naib Presiden Umno) Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi selaku Pengerusi Biro Latihan Umno, Insya-Allah program ini akan membantu melengkapkan usaha supaya pimpinan parti di semua peringkat sama-sama dapat bergerak berlandaskan keutuhan dan iltizam yang baru demi mencapai misi kita," katanya.

Khairy berkata dengan semangat dan keinsafan yang dipupuk, beliau yakin Pemuda Umno akan dapat menerapkan budaya politik yang ikhlas, tawaduk serta berlandaskan prinsip sukarelawan dan mengutamakan prestasi demi rakyat, seperti mana yang diamanatkan oleh Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak.

Beliau juga berkata Pemuda Umno akan mempertahankan maruah parti daripada dicerca dan difitnah oleh pembangkang.

"Ikrar saya kepada Presiden dan Timbalan Presiden, Pemuda kini bersedia untuk menjadi pejuang dan benteng hadapan kepada BN.

"Lihat sahaja di (pilihan raya kecil) Bagan Pinang, apabila Pas mengisytiharkan jihad dengan BN, seluruh ahli Umno tampil ke hadapan bagi menjaga maruah parti dan BN.

"Kami Pemuda Umno tetap tidak berganjak, sanggup menggadaikan jiwa dan nyawa demi maruah agama, bangsa dan perjuangan parti," katanya. - Bernama

No comments:

KIRIM PESANAN ANDA



Nama
Alamat Email
Perkara
Mesej
Image Verification
Please enter the text from the image
[ Refresh Image ] [ What's This? ]