Sunday, September 19, 2010

PEMBAHARUAN ATAU ????????

Pemuda ikrar buat pembaharuan

Falsafah kerja baru digaris bagi capai matlamat kemenangan sokongan generasi muda

KUALA LUMPUR: Pemuda Umno diingatkan pergerakan itu kini berada di persimpangan jalan yang amat penting dalam perjuangannya kerana sebarang pilihan dan tindakan yang akan dibuat bakal menentukan jatuh bangun Umno pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).

Berikutan itu, Ketuanya, Khairy Jamaluddin berkata Pemuda Umno akan melakukan transformasi dalam pendekatannya dengan memperkenalkan Rukun Pemuda, iaitu bersatu, berprinsip, inklusif, relevan dan proaktif.

Beliau berkata, Pemuda Umno juga menggariskan satu falsafah kerja baru serta meletakkan garis panduan untuk mencapai matlamat kemenangan sokongan generasi muda.

"Kita perlu ingat PRU-13 adalah pertarungan survival bagi Umno dan Barisan Nasional (BN). Pakatan pembangkang akan cuba memberi pukulan maut kepada kita selepas berjaya menafikan majoriti dua pertiga di Parlimen dan menang di lima negeri pada pilihanraya umum lalu.

"Umno dan BN mempunyai tiga tahun untuk membuktikan kepada rakyat bahawa kita masih berupaya menjadi pemimpin dan pentadbir terbaik untuk negara," katanya ketika menyampaikan ucapan dasar yang bertemakan Di persimpangan Jalan Perjuangan, pada Perhimpunan Agung Umno Pergerakan Pemuda Umno, di sini semalam.

Khairy juga mengingatkan, Umno dan BN kini berdepan pengundi yang berpendidikan dan terdedah kepada dunia yang mendorong mereka mudah membuat perbandingan tahap pencapaian serta amalan politik di Malaysia dengan negara lain.

"Kira-kira tujuh juta daripada jumlah pengundi pada PRU-13 nanti terdiri daripada pengundi muda. Generasi ini tidak boleh dipaksa menyokong kita dengan (hanya) hujah mereka patut berterima kasih dan bersyukur kepada Umno dan BN. Dulu, pendekatan itu mungkin boleh diguna pakai, tetapi bagi generasi muda sekarang, mereka mahu tahu apa yang boleh Umno dan BN laksanakan, bukan apa yang sudah serta pernah dilaksanakan," katanya.

Khairy berkata, landskap politik tanah air kini yang amat berlainan akibat aliran maklumat bebas melalui media, khususnya media baru yang memberi kesedaran dan kematangan politik kepada rakyat.

"Inilah persekitaran terkini � lebih bebas, terbuka, muda, terdidik dan kosmopolitan. Kaedah berpolitik abad ke-21 ini menuntut perubahan. Persekitaran yang mencabar ini dan masa yang teramat suntuk menuntut kita bergerak sepanjang waktu, tanpa noktah dan tanpa rehat kerana survival kita bergantung kepada keputusan PRU-13 nanti," katanya.

Namun, Khairy berkata, ada tanda-tanda menunjukkan penerimaan orang muda terhadap Umno dan BN kembali meningkat seperti pada pilihan raya kecil di Manek Urai dan Bagan Pinang.



Beliau juga menegaskan Pemuda Umno menyokong penuh cadangan pindaan perlembagaan yang akan dibentangkan dalam Perhimpunan Agung Khas hari ini dan meletakkan harapan supaya segala pindaan itu akan diterima kerana ia secara langsung memberi pengiktirafan kepada orang muda.

No comments:

KIRIM PESANAN ANDA



Nama
Alamat Email
Perkara
Mesej
Image Verification
Please enter the text from the image
[ Refresh Image ] [ What's This? ]