Khairy kena ubah persepsi negatif, bukti kebolehan BEBERAPA pemerhati politik berpendapat cabaran utama Pemuda Umno selepas ini untuk mengubah persepsi negatif terhadap pergerakan itu, sama ada dari dalam atau luar parti. Ia termasuk persepsi negatif terhadap ketuanya, Khairy Jamaluddin apabila beliau sering dicemuh perwakilan Perhimpunan Agung Umno setiap kali namanya disebut pada persidangan, semalam. Keadaan ini pernah dialami menantu Perdana Menteri itu ketika memenangi jawatan Naib Ketua Pemuda tanpa bertanding pada pemilihan parti lima tahun lalu. “Orang akan anggap dia menang kerana politik wang. Persepsi itu sukar dielakkan,” kata pemerhati politik Prof Madya Dr Ahmad Nidzammuddin Sulaiman. Pemerhati politik juga melihat cabaran lebih genting apabila Umno dan Barisan Nasional (BN) berdepan dengan pembangkang dalam tiga pilihan raya kecil di Bukit Gantang, Perak, Bukit Selambau (Kedah) dan Batang Air (Sarawak) pada 7 April ini. Sebelum ini, Khairy, yang juga Ahli Parlimen Rembau, diberikan amaran oleh Lembaga Disiplin Umno kerana menyalahi etika parti membabitkan politik wang pada pemilihan, Rabu lalu. Nidzammuddin berkata, apa yang penting cara Khairy menangani persepsi itu. “Jika persepsinya mengatakan dia susah didekati dan sombong, dia kena ubah cara berhadapan dengan orang. Khairy kena buktikan sebaliknya," tegas Nidzammuddin. Sebelum ini, Khairy sering dituduh memainkan peranan penting di belakang tabir dalam pentadbiran Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, walaupun Khairy menafikannya. Prof Madya Dr Muhammad Agus Yusoff pula berkata, Ketua Pemuda Umno itu perlu diberi peluang membela diri dan memimpin Pemuda kerana beliau sudah dipilih secara demokratik oleh perwakilan. “Siapa yang menolak Khairy, dia menolak proses demokrasi dalam Pemuda Umno. Soal persepsi terbabit politik wang atau tidak, itu soal kedua. Beliau perlu diberi peluang membuktikan diri," katanya. Khairy menewaskan Ahli Parlimen Jerlun Datuk Mukhriz Mahathir, 44, yang juga calon pilihan dan bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo, 43, untuk merebut jawatan Ketua Pemuda. Beliau mendapat 304 undi diikuti Mohamad Khir (254) dan Mukhriz (232). “Khairy di bawah tekanan hebat. Jika dia berjaya atasi persepsi dan menyatukan Pemuda, lambat laun dia akan dihormati,” kata penyokong Khairy yang enggan dikenali. Selepas mempengerusikan mesyuarat Exco Pemuda Umno buat pertama kalinya kelmarin, ketika ditemui media, Khairy dihujani dengan soalan berkisar persepsi negatif terhadapnya dan bagaimana beliau menanganinya menjelang pilihan raya kecil. - Bernama |
Sunday, September 19, 2010
UBAH, BERUBAH ATAU DI UBAHHKAN ?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
KIRIM PESANAN ANDA
No comments:
Post a Comment